Master of Science (by Research)

Written by Super User on .

Sarjana Sains Secara Penyelidikan

 

1

Postgraduate Programmes

 

Master of Science (by Research)

Min 1 year

   


Pengenalan

•    Penekanan dalam teori dan aplikasi.
•    Bagi memenuhi keperluan industri dan institusi penyelidikan.
•    Mempercepat dan meningkatkan aktiviti penyelidikan dalam bidang-bidang berkaitan dan dengan itu dapat menyumbang kepada kemantapan dan
     kecemerlangan pengetahuan.
•    Menyediakan laluan dan peluang kepada para graduan sarjana muda dari universiti tempatan dan luar negara untuk meningkat ke tahap pengajian
     yang lebih tinggi dan lebih khusus.
•    Tempoh pengajian:
o    Sepenuh masa: Minimum 1 tahun (2 semester) dan maksimum 3 tahun (6 semester)
o    Separuh masa: Minimum 2 tahun (4 semester) dan maksimum 5 tahun (10 semester)

 

Objektif Pembelajaran Program (PEO)

Program Sarjana Sains Secara Penyelidikan di Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan akan melahirkan ahli profesional yang berupaya untuk;

PEO 1:    Membangun dan mempraktikkan pengurusan dan kepimpinan yang berkesan dalam sektor kerajaan, sektor swasta dan badan-badan bukan
             kerajaan.
PEO 2:    Menyusunatur penyelesaian masalah yang kompleks secara kreatif dan inovatif.
PEO 3:    Mendukung pengetahuan dalam bidang kepakaran yang berkaitan secara berkesan.
PEO 4:    Menggabungjalin keilmuan yang diperolehi secara profesional bersesuaian dengan keperluan masyarakat dan negara.

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

Setelah menamatkan program ini, pelajar berupaya untuk;

PLO 1:     Membangunkan ilmu pengetahuan lanjutan dalam bidang sains dan matematik.
PLO 2:    Mempraktikkan kemahiran mengurus dalam bidang sains dan matematik. 
PLO 3:    Mengadaptasi penulisan dan komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan idea dalam bidang sains dan matematik.
PLO 4:    Mengaplikasikan kualiti kepimpinan yang efektif dalam pengurusan penyelidikan dan perundingan.
PLO 5:    Merangsang ahli kumpulan untuk mencapai objektif organisasi melalui kerja berpasukan yang berkualiti. 
PLO 6:    Memperlihatkan komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat dalam meningkatkan pembangunan personal.
PLO 7:    Mengintegrasi ciri-ciri keusahawanan dan perundingan dalam pengurusan penyelidikan.
PLO 8:    Membudayakan sikap bertanggungjawab dan beretika sebagai seorang graduan atau penyelidik dalam aspek sosial, budaya dan global.
PLO 9:    Mempamerkan kemahiran berfikir secara matang dalam proses perancangan dan membuat keputusan.

Prospek Kerjaya
   
    Ahli akademik
    Ahli sains
    Penyelidik
    Penganalisis data
    Eksekutif IT dan keselamatan
    Eksekutif sektor perbankan

    
Bidang yang ditawarkan

 

 


Fizik

Fizik Tenaga, Fizik Persekitaran, Fizik Bahan dan Fizik Teknologi Nano.

 

Matematik dan Statistik

Mekanik Bendalir, Analisis Berangka, Pemodelan Berstatistik, Simulasi dan Peramalan dan Penyelidikan Operasi.

 

Biologi, Kimia dan Sains Persekitaran

Biologi Persekitaran, Kepelbagaian Biologi, Pemuliharaan Alam Sekitar, Sains Perhutanan dan Sains Persekitaran.

 

 

 

 Syarat Kelayakan

(i)    Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang baik (sekurang-kurangnya CPA 2.70) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau dari mana-mana institusi
       pengajian tinggi dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Senat; atau
(ii)   Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda dengan pengalaman dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Senat; atau Lain-lain
       syarat yang ditentukan oleh Universiti.

DAN

(iii)   Bagi pengambilan pelajar siswazah luar negara calon perlu memiliki skor purata TOEFL 500 atau skor 5 IELTS atau perlu memiliki sekurang-kurangnya
       Band 3 MUET atau setara.

 

Kemudahan
Dewan kuliah, bilik tutorial, pengangkutan, perpustakaan, pejabat pos, makmal, bengkel, makmal komputer, studio, kolej kediaman, perkhidmatan perubatan dan kesihatan, perkidmatan kaunsling dan kerjaya, kemudahan sukan dan rekreasi, perkhidmatan kewangan dan perbankan, kafeteria, pusat perkhidmatan pelajar dan koperasi, masjid, bantuan kewangan.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor  No. Tel.: 07-4537950/  7952/ 7910/ 7933
No. Faks: 07-4536051/ 6090
Laman sesawang: http://fstpi.uthm.edu.my