Doctor of Philosophy in Science (by Research)

Written by Super User on .

Doktor Falsafah Sains Secara Penyelidikan

1

Postgraduate Programmes

 

Doctor of Philosophy in Science (by Research)

Min 3 years

 

 

Pengenalan

•    Penekanan dalam teori dan aplikasi.
•    Bagi memenuhi keperluan industri dan institusi penyelidikan.
•    Mempercepat dan meningkatkan aktiviti penyelidikan dalam bidang-bidang berkaitan dan dengan itu dapat menyumbang kepada kemantapan dan
     kecemerlangan pengetahuan.
•    Menyediakan laluan dan peluang kepada para graduan sarjana muda dan sarjana dari universiti tempatan dan luar negara untuk meningkat ke tahap
     pengajian yang lebih tinggi dan lebih khusus.
•    Tempoh pengajian:
o          Sepenuh masa: Minimum 3 tahun (6 semester) dan maksimum 7 tahun (14 semester)
o          Separuh masa: Minimum 4 tahun (8 semester) dan maksimum 9 tahun (18 semester)

 

Objektif Pembelajaran Program (PEO)

Program Doktor Falsafah Sains Secara Penyelidikan di Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan akan melahirkan ahli profesional yang berupaya untuk;

PEO 1:    Menilai dan mempraktikkan pengurusan dan kepimpinan yang berkesan dalam sektor kerajaan, sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan.
PEO 2:    Menyusunatur semula penyelesaian masalah yang kompleks secara kreatif dan inovatif.
PEO 3:    Mendukung pengetahuan dalam bidang kepakaran yang berkaitan secara berkesan.
PEO 4:    Menggabungjalin semula keilmuan yang diperolehi secara profesional bersesuaian dengan keperluan masyarakat dan negara.  
 

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

Setelah menamatkan program ini, pelajar berupaya untuk;

PLO 1:    Menilai ilmu pengetahuan lanjutan dalam bidang Sains dan Matematik.  
PLO 2:    Mengadaptasi  kemahiran mengurus dalam bidang Sains dan Matematik.
PLO 3:    Mempraktikkan penulisan dan komunikasi yang lebih berkesan untuk menyampaikan idea dalam bidang Sains dan Matematik.
PLO 4:     Mengaplikasi kualiti kepimpinan yang efektif dalam pengurusan penyelidikan dan perundingan.
PLO 5:    Merangsang ahli kumpulan untuk mencapai objektif organisasi melalui kerja berpasukan yang berkualiti.
PLO 6:     Menyemarakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam meningkatkan pembangunan personal.  
PLO 7:    Mengintegrasi ciri-ciri keusahawanan dan perundingan dalam pengurusan penyelidikan.
PLO 8:    Membudayakan sikap bertanggungjawab dan beretika sebagai seorang graduan atau penyelidik dalam aspek sosial, budaya dan global.
PLO 9:    Menekankan kemahiran berfikir secara matang dalam proses perancangan dan membuat keputusan.

Prospek Kerjaya

    Ahli akademik
    Perunding
    Pakar sains
    Penyelidik
    Penganalisis data
    Eksekutif  IT dan keselamatan
    Pengarah/ Pengurus
    Eksekutif  perbankan

 

Bidang yang ditawarkan

 

 

Fizik

Fizik Tenaga, Fizik Persekitaran, Fizik Bahan dan Fizik Teknologi Nano.

 

 

Matematik dan Statistik

Mekanik Bendalir, Analisis Berangka, Pemodelan Berstatistik, Simulasi dan Peramalan dan Penyelidikan Operasi.

 

 

Biologi, Kimia dan Sains Persekitaran

Biologi Persekitaran, Kepelbagaian Biologi, Pemuliharaan Alam Sekitar, Sains Perhutanan dan Sains Persekitaran.

 

 

 

Syarat Kelayakan

(i)    Ijazah Sarjana yang baik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau dari mana-mana institusi pengajian tinggi dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
       oleh Senat; atau

(ii)    Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana dengan pengalaman dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Senat; atau Lain-lain syarat
        yang ditentukan oleh Universiti.

DAN

(iii)     Bagi pengambilan pelajar siswazah luar negara calon perlu memiliki skor purata TOEFL 500 atau skor 5 IELTS atau perlu memiliki sekurang-kurangnya
         Band 3 MUET atau setara.

 

Kemudahan

Dewan kuliah, bilik tutorial, pengangkutan, perpustakaan, pejabat pos, makmal, bengkel, makmal komputer, studio, kolej kediaman, perkhidmatan perubatan dan kesihatan, perkidmatan kaunsling dan kerjaya, kemudahan sukan dan rekreasi, perkhidmatan kewangan dan perbankan, kafeteria, pusat perkhidmatan pelajar dan koperasi, masjid, bantuan kewangan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor  No. Tel.: 07-4537950/ 7952/ 7910/ 7933
No. Faks: 07-4536051/ 6090
Laman sesawang: http://fstpi.uthm.edu.my